Wednesday 15 May 2013

Pengalaman Interview USM

Assalamualaikum.



Baru je beberapa jam lepas interview USM semasa aku sedang update blog ni. Phewwww, what a relieve. So, aku nak tulis pengalaman kena interview , USM, Sains dengan Pendidikan.

Aku dapat interview USM kat Hotel Promenade Kota Kinabalu. Cerita dapat interview ni kalau tak silap masa tu aku tengah final exam kat Kolej Matrikulasi Labuan. Fuhh excited gila sebab tu la first time aku dapat panggilan interview. But ni dah second time aku pergi temuduga formal lepas TEMUDUGA IPG kat Institut Pendidikan Guru kampus Kent kat Tuaran, Sabah. But memang malam sebelum interview tu, gundah gulana la jawabnya. Nak study NKRA, Falsafah Pendidikan Kebangsaan la, pastu bila jalan-jalan kat blog orang, ada pula pengalaman orang kena suruh demonstrate cara mengajar. Dahlah aku ni jenis yang lupakan ilmu bila dah exam T.T Jangan jadi macam aku ye hadek-hadek. Haha, so semua tu aku buat malam sebelum pergi interview. 

So, aku dengan abah aku bertolak dari Beaufort ke Kota Kinabalu pada jam 5.10 pagi. Actually plan nak pergi jam 4 lagi. Tapi abah lupa set alarm. Then aku lagilah, lepas habis online semalam terus tidur. Eh? Haha. Sampai kat tempat interview jam 7 pagi. Still ada sejam setengah sebelum interview. So, abah bawa aku pergi sarapan. Then bila dah nak dekat jam 8, kitorang pun pergilah Hotel Promenade. Bila dah sampai, tetiba abah aku nak cari tandas, nature call la katakan. Haha. Bila masuk tandas hotel. Paip pulak takda. Tisu banyaklah. Then abah bagitau aku dia nak cari masjid. Tinggallah aku seorang diri kat sana. Hahaha.

Interview aku start jam 8.30 pagi. Ramai juga lepasan matriks datang. Tapi aku tak kenal. Just pernah nampak kat KML dulu. Tunggu punya tunggu punya tunggu, tetiba datang pegawai sebut nama. Then aku dengar nama aku kena sebut, sepantas kilat aku pergi beratur. Cehhhhh. Haha. cek nama, nama aku yang ketiga dalam list. Fuhhhh, dalam hati aku, bukan yang pertama. Tunggu kejap kat luar bilik interview tu, tetiba datang 4 orang pegawai penginterview. But dorang dibahagikan 2 orang kat satu bilik, 2 orang lagi kat satu bilik lagi. Kitorang yang tengah duduk kat luar bilik interview tu semuanya 8 orang. Just untuk sesi 8.30 pagi la. Masing-masing sibuk membaca. Aku? Main game. Haha. Ramai lagi actually tengah tunggu kat luar. Tetiba, ada sorang perempuan ni yang menguruskan pendaftaran panggil nama aku, aku just "What da!!!!!!" Cuak gila, aku orang first nak kena interview ke Cik Puan? Hahaha. Dengan berat hati aku masuk bilik interview, pintu tu pulak bukan aku yang buka, penginterview tu yang bukakan. Haha. Masuk je aku pun ucap la "Assalamualaikum, selamat pagi" Bayangkan dengan penuh sopan santun lagi beradab ye. Kahkahkah.

Jalan sampai kat meja panel penemuduga tu, bagi fail yang ada sijil akademik semua, then sorang panel tu suruh baca nombor. Alah macam ujian warna la katakan.


Lebih kurang macam ni la.

Okay pastu penemuduga tu suruh duduk. Penemuduga aku masa tu kedua-dua pun lelaki.

Soalan Pertama


Lelaki 1 : Let see, Akmal, introduce yourself. (Wahhh ! Speaking London ye hadek-hadek. Haha)
Me : Okay, my name is Akmal bin Idrus. I am from Beaufort, Sabah. My age is 19 years old this year. I was a student at Labuan Matriculation College Blablablablabla..... Entah aku pun tak ingat apa aku mengarut tu. Haha

Soalan Kedua

Lelaki 2 : Why do you want to be a teacher?
Me : I want to be a teacher because it is my ambition since I was in primary school. Besides, my parents are also teacher, so I have been exposed to the world of teaching and I know the responsibilities that a teacher need to bear. *Ikut sukati aku je jawab. Haha.

Soalan Ketiga

Lelaki 2 : Don't you think that being a teacher is a boring profession?
Me : No, I don't think that being a teacher is a boring profession. Because as my parents are both teachers, they seems to enjoy their jobs. But I think it can't be denied that we might feel bored once we do the same things everyday, teaching. Go to work around 7am and return home by noon. Blablablabla........ *Mengarut lagi. Actually benda yang sama aku ulang-ulang kot. Haha*

Soalan Keempat

*Sambil-sambil semak fail yang penuh sijil aku* 

Lelaki 1 : Dari sijil-sijil yang kamu ada ni, kamu agak aktif dalam majlis tilawah al-Quran, syarahan agama, bahas, pidato. Hahhh, ni johan lagi. *Okay agak bangga di situ. Kahkahkah, okay dah tukar bahasa Melayu dah*
Lelaki 2 : Boleh tunjukkan sikit bunga-bunga sikit? Hahahaha
Me : Errrr, nak mula dari awal ke? 
Lelaki 1 : Dari awal sampai habis. Emmm, takpun 3 minit cukuplah. Okay, bayangkan kami ni budak-budak nakal. Tajuk bebas.
Me : Okay, *Aku pun dengan spontannya tunjuk bakat syarahan aku. Tajuk Masalah disiplin dalam kalangan pelajar* 

Soalan Kelima

Lelaki 1 : Di Sabah ni, bagaimana cara untuk memastikan pelajar agar tidak jauh terpesong dari agama. *Lebih kurang begini soklan penemuduga tu*
Me : Di Sabah terdapat Majlis Ugama Islam Sabah , MUIS yang bertindak sebagai .... blablablablabla *Sekali lagi cakap ikut sedap mulut, tapi dengan penuh lancar lagi yakin. Kahkahkah*

Soalan Keenam

Lelaki 1 : Apa pendapat kamu mengenai agama dan bidang kesukanan dalam kalangan pelajar ? 
Me : Bagi saya bidang kesukanan dan agama perlulah bergerak seiring melalui pendekatan bahawa Islam itu fleksibel. Contohnya mengenai bab berhijab ketika bersukan. Kita lihat sendiri terdapat atlet luar negara yang beragama Islam yang menyertai sukan bertaraf dunia seperti Olimpik. Oleh itu ingin saya tegaskan di sini bahawa agama perlulah disejajarkan dengan bidang kesukanan bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual *Apakah aku tengah cakap masa tu. Aku pun dah tak ingat. Kahkahkah*

Soalan Ketujuh

Lelaki 2 : You came from Beaufort right? How much distance from Beaufort to KK?
Me : Err? It just hundred kilometres sir.
Lelaki 1 : So, you came with your family. 
Me : Yes, with my father.
Lelaki 1 : So, you got here yesterday or today?
Me : Today, we left  home at 5 am and arrived at KK at 6.30am.
Lelaki 1 : Oh, it took 1 and half hour. 
Lelaki 2 :*Suara dia tak jelas, tapi dia tengah bercakap dengan lelaki 1.
Lelaki 1 : Okay that's all. 
Me : Eh? That's all? *Habis dah rupanya. Haha*

Then salam dengan panel penemuduga tu. Fuhhhh, tamat juga sesi yang penuh debaran tu, tapi actually aku watlek je, bajet cool. Wahahahahaha. Padahal dah dupdapdupdap. Haha. Then keluar je dari bilik temuduga tu. Aku buat muka happy. Biar orang yang tengah tunggu nama kena panggil tu jeles. Kehkehkeh. So, I noticed that aku orang yang paling first habis ditemu duga. Hoho. Senyum kalau boleh sampai ke telinga. Haha. Again, those NKRA, Falsafah stuff or what so ever tak kena tanya pun. Haha. Lain penemuduga lain cara :P

Kbai.

6 comments:

  1. Bruuhhh... Sijil spm or semua tu perlukan pngesahan ke?

    ReplyDelete
  2. may i know how to enter usm after asasi in unimas ? really need your help

    ReplyDelete
  3. there's no usm in kota kinabalu,USM's medical campus located in Kelantan while it other campuses located in Penang.try not to joke around, you made others who know nothing believe in you,pity them

    ReplyDelete
    Replies
    1. read the whole passage please =.=?

      Delete
    2. Hi anon, which part in this entry did I write about USM's campus in kota kinabalu? I just wrote about USM's interview for Sabahan :)

      Delete
    3. Yeah thats true...i think he should reads carefully before commenting.....i feel pity on him

      Delete