Wednesday 4 May 2016

Interview IPG

Hai. After a long long time, akhirnya aku update blog ni. Bukan apa, baru dapat log in. Sebelum ni hampeh lupa emel yang aku guna untuk blog ni hahaha. Untuk entry special ini, aku cuba untuk bagi tips kepada calon guru yang bakal ditemu duga untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Oh, buat pengetahuan adik-adik yang mungkin tersinggah blog ni sebab terbaca entry Pengalaman Interview IPG, abang ialah pelajar tahun 2 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Ni masuk tahun ketiga abang sebagai penuntut di IPG (foundation setahun + 2 tahun degree), lagi dua tahun insya-Allah grad :) Abang juga nak ucap tahniah kepada yang telah lepas UKCG. Tahniah dipanggil untuk temu duga. Puluhan ribu yang memohon. Disaring sampailah proses temu duga nanti. Tahniah. Untuk pengetahuan adik-adik juga, tahun ini hanya 13 buah IPG dari 27 buah keseluruhannya yang ada ambilan baharu. IPG abang salah satu yang tak ada ambilan untuk tahun 2016 ni. Sedihnya haha. Okay dah panjang mengarut. Meh sini abang bagi tips, duduk kat depan abang k haha.

Okay first, kita tengok pakaian, pilihlah pakaian yang melambangkan profesion keguruan. Macam mana? Korang pergi tengok pakaian cikgu-cikgu sekolah korang dulu. Untuk lelaki baju kemeja lengan panjang, bertali leher, seluar slack dengan kasut hitam pvc/kulit. Untuk perempuan, baju kurung. Kasut wajib bertutup yer adik-adik. Kalau boleh pakai tag nama. Dan tambahan untuk lelaki, bolehlah pakai kot/blazzer. Oh dulu masa abang interview, orang yang menemu duga tu bagi kitorang kertas pelekat then suruh kitorang tulis nama besar-besar then lekat kat baju. Tiba giliran anda ditemu duga, masuklah ke dalam bilik tu, bagi salam, lemparkan senyuman yang paling manis k haha. Jangan duduk sebelum diarahkan. Pastikan anda membawa barang keperluan temu duga (fail yang mengandungi sijil-sijil) untuk disemak oleh panel penemu duga. Kot-kotla dorang nak semak sijil. Tapi masa abang dulu. dorang tak cek pun. Cuma dorang minta salinan dokumen (cth: sijil lahir, i/c, etc)

Apa yang abang perasan, start batch abang, temu duga individu dah tak ada. Tak tahu pula tahun ni ada ke tidak. Apa yang perlu anda baca untuk temu duga IPG. Sebenarnya tiada yang spesifik untuk ini. Tapi abang boleh cadangkan apa yang adik-adik kena tahu, baca dan hadam.

1. PPPM (lagi-lagi anjakan keempat yang ada cakap pasal IPG)
2. Peta minda I-think
3. Isu-isu semasa berkaitan pendidikan
4. Nama-nama menteri
5. Kurikulum terkini
6. MBMMBI (yang ni lebih kepada yang interview untuk BM)

Banyak lagi sebenarnya. Soalan yang mungkin berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Tapi masa abang dulu tak ada pula benda tu semua. Panel tu suruh kenalkan diri, bagitau sikit aktiviti kokurikulum yang korang terlibat masa sekolah dulu, dan apa-apalah yang korang rasa relevan nak dikongsi. Lepas tu, panel tu suruh tengok video dan ulas. Untuk temu duga ni juga, panel mungkin akan suruh anda untuk bertutur dalam bahasa Inggeris (bagi yang ditemu duga selain bahasa Inggeris). Untuk yang hadir untuk subjek bahasa Melayu juga tidak akan terlepas ya adik-adik. 

Sepanjang anda ditemu duga tu, pastikan anda tidak terlalu mendominasi sehingga part anda mengambil masa yang lama. Bagilah peluang untuk orang lain bercakap. Jangan terlalu aktif dan jangan terlalu pasif. Yang sedang-sedang saja. Tapi kalau nak nampak menyerlah, utarakan idea-idea bernas dengan bunga-bunga bahasa hahaha. Jangan ganggu orang lain dalam kumpulan temu duga anda (cth : mencelah) ingat ni bukan bahas yang ada izin laluan. Yang paling penting, jaga adab semasa bercakap. Jangan guna bahasa yang kurang sopan okay!

Lagi satu, anda kena bercakap, jangan tak cakap langsung. Sia-sia je nanti pergi temu duga. Suara kena jelas dan kuat. Nak jadi cikgu, suara kena kuat. Biar satu sekolah dengar bila dah jadi cikgu nanti hahahaha. Apa pun selamat maju jaya. Selamat ditemu duga :)